On9tuition

  • On9tuition
  • On9tuition

Detailed App Info:

  • Last Changed:Time:
  • Current Version:Version: 1.0
  • Device Type:Device: iOS Universal
  • Category:Category: Education
  • iTunes Seller:Seller:
  • Download Size:App Size: 14.28 MB

Application Description

Twitter:
Google:
Facebook:
On9tuition.com diilhamkan dengan menggunakan konsep “bawa cikgu balik ke rumah dan cikgu sentiasa bersama murid”. Pelajar seolah-olah belajar dengan guru walaupun tidak berada di sekolah atau di dalam bilik darjah.

Pengulangan adalah salah satu kaedah memahami dan mengingati sesuatu ilmu dan kemahiran. Prinsip ini digunakan dalam menghasilkan Bahan Kandungan Tersusun untuk membantu para pelajar memahami dan mengingati sesuatu konsep dan kemahiran Matematik. Video boleh diulang seberapa kerap dan boleh diberhentikan pada bila-bila masa dan boleh dicari dengan mudah mengikut keselesaan pelajar dan guru yang menggunakannya.

On9tuition.com juga boleh digunakan oleh pihak sekolah khususnya Panitia Matematik bagi mengatasi masalah guru Matematik yang terpaksa keluar sekolah bagi menghadiri mesyuarat, kursus,seminar atau mengiringi pelajar menyertai aktiviti luar seperti kokurikulum. Guru yang menggantikan guru Matematik berkenaan boleh menayangkan video BMCK ini di Bilik Media dan pelajar dapat mempelajari subtopik yang sepatutnya diajar oleh guru berkenaan pada hari tersebut.

Bagi ibu bapa pula, dengan melanggan On9tuition.com ini, anda seolah-olah telah menghantar anak anda ke pusat tuisyen. Pelajar tidak perlu ke pusat tuisyen untuk belajar Matematik. Hanya berada di rumah atau kafe siber atau mana mana sopt wifi bersama pelbagai peranti seperti iPAD, Tablet, PC atau Telefon pintar, segala-galanya berada dihujung jari sekaligus masa dan kos dapat dijimatkan. Istimewanya kit ini boleh digunakan untuk semua anak anda yang lain apabila tiba masanya.

Ujilari sistem dan keberkesanannya telah dijalankan di SMK Seri Tualang Temerloh yang diterajui sendiri oleh SME ( Subject Matter Expert ) Bidang Matematik, Puan Hajjah Norhana Aini Mohamed Amin dan beberapa pelajar telah menggunakan bahan ini dalam beberapa program iaitu Program Klinik Matematik (terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5), Program Bantu Relief (kelas Tingkatan 4 atau 5 yang guru Matematik tiada di sekolah), Program Gilap Potensi (untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang gagal Matematik dalam ujian di sekolah) dan Program Kepelbagaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik).

Kepada guru Matematik, on9tuition.com merupakan bahan alternatif untuk membantu pelajar agar cemerlang dalam Matematik. Melalui program-program tadi, guru hanya bertindak sebagai fasilitator, membantu murid memahami konsep dan kemahiran serta menyelesaikan soalan-soalan latihan apabila mereka menghadapi masalah.

Dengan harga serendah RM10.00 sebulan, Pastinya ianya tidak menjadi beban kepada ibubapa & pelajar untuk melanggan kandungan berkualiti dari on9tuition.com disamping pelbagai ciri tambahan yang berinovatif seperti Siaran langsung, Forum, Sidang Diskusi, Muat turun bahan PDF, Laman sosial, chat, perkongsian maklumat dan tip terkini matematik serta banyak lagi ciri-ciri lain. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang www.on9tuition.com.

Requirements

Your mobile device must have at least 14.28 MB of space to download and install On9tuition app. On9tuition is available on iTunes for $0.00

If you have any problems with installation or in-app purchase, found bugs, questions, comments about this application, you can visit the official website of Hishamuddin Amin at http://www.on9tuition.com.

Copyright © 001mobile.net