Al-A'raaf (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)

  • Al-A'raaf (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)
  • Al-A'raaf (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)
  • Al-A'raaf (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)
  • Al-A'raaf (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff)

Detailed App Info:

  • Last Changed:Time:
  • Current Version:Version: 1.0
  • Device Type:Device: iPad Ready
  • Category:Category: Reference
  • iTunes Seller:Seller:
  • Download Size:App Size: 5.79 MB

Application Description

Twitter:
Google:
Facebook:
Susunan tafsir Al-A'raaf ini adalah penerbitan seterusnya selepas surah-surah yang telah diterbitkan, dan insyaAllah surah Al-Anfaal akan menyusuli tidak berapa lama lagi. Semoga susunan-susunan tafsir ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sesungguhnya susunan-susunan tafsir ini adalah susunan yang disusun dengan mengambil penafsirannya dari kitab-kitab tafsir yang masyhur, dan kitab-kitab hadis, dan kitab-kitab sirah, dan kitab-kitab lain yang relevan. Tiadalah di dalam susunan tafsir ini tafsiran baru melainkan telah wujud tafsiran itu di dalam mana-mana kitab rujukan itu.

Pada mulanya, penyusun membuat penyusunan ini sebagai satu kaedah untuknya mempelajari dan memahami Al-Quran. Dan penyusun juga cuba menterjemah sendiri ayat-ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu sebagai satu lagi usahanya untuk lebih memahami bahasa Al-Quran. Dan di dalam menterjemah itu, penyusun cuba sedayanya untuk tidak menukar kedudukan nahu yang terdapat di dalam Al-Quran. Dan di dalam memilih terjemahan yang paling tepat dan baik dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, penyusun membuat perbandingan terhadap semua terjemahan-terjemahan di dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang penyusun boleh dapati.

Hasil susunan tafsir ini kemudiannya telah digunakan sebagai bahan panduan di dalam kelas-kelas perbincangan yang penyusun adakan dengan keluarga terdekat dan kawan-kawan terdekat.

Kitab-kitab tafsir utama yang menjadi rujukan penyusun ialah:
1.Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Al-Imam Abul Fida Ismail Ibnu Kathir Ad-Dimasyqi
2.Jami' Al-Bayan 'an Ta'wil Ayi Al-Quran oleh Abu Jaafarwa Muhammad bin Jarir At-Tabari
3.Al-Jami' li Ahkam Al-Quran oleh Imam Al-Qurtubi
4.Adhwa'ul Bayan oleh Syaikh Asy-Syanqithi

Kitab-kitab tafsir lain:
1.Tafsir Al-Maraghiy oleh Ahmad Mustafa Al-Maraghiy
2.At-Tafsiru Al-Qayyium oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
3.Tafsir fi Zilalil Quran oleh Sayyid Qutb
4.The Noble Qur'an oleh Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan
5.Tafsir Jalalain oleh Jalaluddin As-Sayuthi dan Jalaluddin Ibnu Ahmad Al-Mahally
6.Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka


Bermula dengan surah ini terjemahan kepada semua ayat-ayat Quran disemak dan diperhalusi untuk lebih menetapi kehendak i'rab Al-Quran.

Sedikit pembaharuan terhadap antara muka dan menu navigasi (user interface and navigation menu) aplikasi susunan tafsir Abu Haniff juga telah dilakukan.

Teguran dan perbincangan dari pembaca-pembaca adalan amat dialu-alukan, dan penyusun dapat dihubungi melalui e-mail tafsir@abuhaniff.com.

Requirements

Your mobile device must have at least 5.79 MB of space to download and install Al-A'raaf (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff) app. Al-A'raaf (Susunan Tafsir Oleh Abu Haniff) is available on iTunes for $0.00

If you have any problems with installation or in-app purchase, found bugs, questions, comments about this application, you can visit the official website of Mohd Suhairi Ahmad Soobni at http://www.abuhaniff.com.

Copyright © 2014 abuhaniff.com